Monday, January 25, 2010

Kenapa Ubahsuai?


Banyak kereta yang menjalar di jalan raya di negara kita kini di ubahsuai dari bentuk asal kepada bentuk yang lebih menarik.Mereka mengubah suai kereta samaada dari segi bentuk fizikal kereta atupun kemampuan kereta dengan menukar enjin yang lebih berkuasa tinggi.Mereka sedikit pun tidak mengambil kira risiko yang dihadapi apabila mereka mengubahsuai kereta mereka.Golongan yang muda antara yang paling taksub untuk mengubah kereta mereka agar kelihatan lebih menarik.menjadi satu kesalahan apabila seseorang pemilik kereta mengubah spesifikasi kereta sehingga hilang bentuk asal kereta contohnya pemilik kereta perodua kancil mengubah suai kereta menjadi daihatsu mira,pemilik proton wira megubahsuai menjadi mitsubishi evo iii atau pemilik proton satria mengubahsuai menjadi mitsubishi mirage.Faktor yang mendorong mereka mengubahsuai kereta ialah kerana hanya terdapat sedikit sahaja perbezaan antara kereta asal dengan kereta yang ingin diubahsuai contohnya antara perodua kancil dan daihatsu mira hanya pintu membezakan kereta ini kerana perodua kancil mempunyai empat pintu manakala daihatsu mira mempunyai dua pintu.

Tidak salah kalau kita mengubah unt
uk tujuan keselamatan seperti menigkatkan sistem brake.Apakah tujuan sebenar mereka mengubah suai kereta mereka sehingga hilang identiti asal kereta?apakah mereka ingin menunjukkan mereka ini hebat.Gambar ini menjadi salah satu bukti dimana pemilik kereta proton wira ini mengubahsuai keretanya hingga hampir 100% serupa kereta mitsubishi evo iii...
















Antara risiko yang mungkin dihadapi oleh pemilik kereta yang mengubahsuai kereta mereka ialah mungkin kereta mereka akan disita.Dari segi faktor keselamatan pula kereta yang diubahsuai seperti menukar enjin daripada 1.5 ke 2.0 mungkin akan membawa padah kerana badan kereta 1.5 terlalu ringan u
ntuk mengunakan enjin 2.0 4g63 atau sebagainya.Pemandu mungkin hilang kawalan apabila memandu laju menyebabkan berlakunya kemalangan kerana kereta yang diubahsuai tiada kestabilan.Akibatnya akan berlaku keadaan seperti dibawah...















Apa Faedah Ubahsuai kereta?

Apakah faedah yang kita perolehi apabila kita mengubahsuai kereta kita?bukankah kereta asal lebih selamat? siapakah kita dengan sesuka hati mengubah kereta kita?bukankah kereta yang dihasilkan telah direka dengan baik oleh engineer dengan mengambil kira setiap aspek keselamatan.

Kalau dari sudut pandangan kaki kereta pula mengubahsuai kereta dengan enjin-enjin besar adalah satu perkara yang lumrah. Samada untuk laju suka-suka sebab banyak duit, menunjuk-nunjuk kat kawan-kawan, berlumba, halal atau haram, ataupun sebab enjin kilang yang memang tak power langsung, jenis kena tutup aircond baru boleh potong lori.Jadi berapa selamatkah kereta tersebut? Selamat adalah tentang bagaimana kita membuat kereta supaya jadi selamat. Untuk kereta biasa-biasa yang tidak ada airbag, ABS dan mana mana program penstabil elektronik (traction control, electronic stability programme dan lain-lain) selamat adalah bergantung kepada cara pemanduan dan gaya mentafsir orang lain memandu.
Orang-orang kaya mungkin memandang sinis Waja Evo atau Kancil L2. Tetapi jika anda lihat pada realiti sebenar, Kancil standard itu lebih bahaya jika ianya jenis yang dipandu untuk perjalanan jauh berbukit. Kalau dengan L200 turbo, Bukit Putus tu selamba je boleh panjat dengan gear tiga, kalau kereta standard mungkin membahayakan Estima di belakang yang tiba-tiba terpaksa membrek sebab tiba-tiba ada sebijik Kancil yang terhegeh-hegeh memanjat bukit dengan penumpang lima orang. Jadi berapa selamatkah kereta tersebut?

Adakah Kancil keluar kilang tidak selamat?

Adakah Kancil keluar kilang tidak selamat? Memang tidak selamat pun. Tapi dengan mengambil kira situasi di Malaysia yang mana makin hari lebih ramai yang suka membeli kereta, maka Kancil adalah pilihan mereka yang kurang berkemampuan. Mereka mungkin selamat menaiki bas, tetapi apa salahnya membeli sebuah kereta yang cuma RM250 sebulan loan sembilan tahun? Rasa-rasanya silap siapa?
Selamatkah berlumba?
Berlumba ada berbagai jenis risiko. Kalau di jalanraya, memang tidak selamat langsung. Ia seperti membaling segumpal paku ke udara dan kemudian lari untuk elakkan paku itu. Kalau nasib baik tidak kena cucuk, tapi kalau nasib tak baik, tercucuk dari atas dan terpijak di bawah. Risikonya tidak dapat diduga. Walaupun adrenalinnya memang terbaik, tapi kalau berlaku kemalangan, gerenti menyesal tak sudah.
Bermain di trek adalah tempat yang bagus. Tapi seperti juga masalah anda dan saya, kita tidak mampu untuk menyewa Sepang sendirian. Kita terpaksa berkongsi dengan orang lain. Itupun berapa ramai rakan kongsi yang mempunyai minat yang sama? Tapi untuk apa juga alasan, berlumba di litar adalah tempat yang paling selamat. Kalau berpusing ada rumput, kalau terbabas ada pasir, kalau terlepas selekoh ada barrier. Di depan trafiknya sehala, dan yang berlumba adalah jenis yang datang untuk berlumba, bukan untuk bercinta dan terpinga-pinga kepala keluar tingkap mencari alamat.
Kalau durenungkan balik ada betul juga apa yang dikatakan oleh kaki-kaki kereta ini tetapi apa-apapun undang- undang tetap undang- undang kita tidak boleh mengingkarinya.
Rujuakan :irwan@majalahkereta.com.my Visit my blog ---> http://geartinggi.com

PERATURAN UBAH SUAI KENDERAAN

PERATURAN UBAH SUAI KENDERAAN

Antara Ubah suai yang perlukan kelulusan JPJ ialah:
* Ubah suai membabitkan rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan.
* Pengubahan bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
* Pengubahan daripada kereta salun kepada convertible.
* Pengubahan sistem bahan api.
* Pengubahan sistem brek.
* Pengubahan sistem stering.
* Pengubahanbes roda kenderaan.
* Penggunaan badan kaca gentian bagi menggantikan badan keluli.
* Penuklaran enjin.
* Pemasangan sunroof di bumbung.

















Sekian, dipetik daripada HARIAN METRO 09.09.09


Ubah suai dan pemasangan eksesori boleh dilakukan tanpa kelulusan JPJ, terutamanya yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri keselamatan kenderaan tersebut antara ialah:
* Pemasangan air spoiler di bahagian depan dan belakang.
* Pemasangan skirt sisi, aerofoil dan pelindung cermin tingkap kereta.
* Pemasangan pelindung pada hadapan dan belakang kereta.
* Ubah suai kecil pada jaring radiator, bonet atau bentuk serta reka bentuk lampu.
* Ubah suai atau pemasangan tambahan bumper besar (sam,a ada jenis keluli tau kaca gentian) di depan dan di belakang.
* Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
* Pemasangan para bumbung.
* Pemasangan lampu brek tambahan (berwwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
* Pemasangan lampu sorot atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) di depan sahaja.
* Pemasangan penghadang angin, kaca gentian penutup lampu dan enjin fibreglass pada bahagian depan motosikal asalkan ia tidak terkeluar dari penghujung pemegang motosikal.

Bagaimanapun, ubah suai kecil ini mesti mematuhi peraturan contohnya pemasangan air spoiler, aerofoil atau skirt sisi, ia tidak boleh melebihi 150 milimeter diukur dari bahagian luar tayar belakang.
















Ba
gi pelindung cermin tingkap, ia tidak boleh melebihi 100 milimeter lebar dan tinggi, manakala rim atau tayar lebar mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau penahan lumpur.

Pemasangan pelindung pula tidak boleh menutupi lamp kenderaan dan tiada bucu tajam atau bahagian yang terjulur melebihi 100 milimeter, manakala lebar keseluruhannya tidak boleh melebihi lebar asal kereta.

Bagi pemasangan para para bumbung, ia tidak boleh melebihi panjang bumbung atau lebar kenderaan dan tidak melebihi ketinggian 400 milimeter diukur dari bahagian teratas para bumbung itu.

Tuesday, December 29, 2009

Kelengkapan Tambahan Yang Tidak Dibenarkan Dipasang


Kelengkapan Tambahan Yang Tidak Dibenarkan Dipasang Iaitu:

* Lampu berkelip-kelip (selain lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) di depan atau di belakang kereta.
* Lampu berwarna ungu, biru atau hijau.
* Hon berirama atau hon dua nada.
* Lampu sorot di bahagian belakang.
* Cermin gelap penampalan berwarna pada cermin depan dan belakang yang kadar ketelusan cahayanya tidak menepati kelulusan JPJ. Bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin depan sebanyak 20% daripada keseluruhan lebarnya dan pada cermin tingkap sukuan dibenarkan.


Jika ingin mengubah suai kenderaan, terutama kereta, pemil;ik dinasihatkan mendapatkan pandangan JPJ kerana ada ubah suai se
rta pemasangan alat tambahan perlu mendapat kelulusan jabatan tersebut.

Jika ubah suai dan pemasangan kelengkapan tambahan itu membawa perubahan besar kepada rupa bentuk asal, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan terbabit, kebenaran BERTULIS hendaklah diperoleh terlebih dahulu daripada JPJ.

Oleh itu,kita perlu meminta kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum mengubahsuai kereta.Kita perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa seperti PUSPAKOM atau JPJ sebelum kita membuat pengubahsuaian.Kita tidak mahu lagi rakyat malaysia terkorban diatas jalanraya.Pengubahsuaian yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa mungkin aka
n membawa padah.Menurut statistik terkini jumlah kematian untuk tahun 2007 ialah 6282 orang.Pemandu dan penumpang kereta menduduki tangga kedua tertinggi selepas penunggang dan pembonceng motorsikal.

Bagaimanakah jumlah kemalangan dan kematian ini boleh dikurangkan dimasa akan datang? Apakah punca kemalangan jalan raya ini boleh berlaku? Pihak berkuasa boleh mengadakan undang-undang dan menguatkuasakannya, di mana mereka yang tertangkap akan dihukum. Berbagai kempen dan program boleh
diatur untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya. Didikan di sekolah dan di rumah juga perlu seiring dalam usaha untuk menjadikan jalan raya lebih selamat.

Pihak kerajaan telah menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan misi menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai tahap keselamatan jalanraya setaraf dengan negara maju menjelang 2010 iaitu 10 kematian setiap 100,000 penduduk, 2 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar dan 10 kematian setiap satu billion kilometer perjalanan kenderaan. Objektif jabatan ini diwujudkan adalah
sebagai "One Stop Agency" bagi memantau dan menyelaras program keselamatan jalanraya dari aspek Pendidikan, Penguatkuasaan, Kejuruteraan dan Persekitaran.

Walaupun begitu akhirnya bergantung kepada kesedaran dan sikap para pengguna jalan raya itu sendiri. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat ramah mesra dan berbudi pekertinya tetapi kenapa apabila menggunakan jalan raya bertukar menjadi kurang ajar dan tidak bertimbang rasa? Adakah sistem pendidikan kita yang terlalu menjurus kepada peperiksaan telah mengabaikan aspek-aspek sah
siah diri seorang itu? Mungkin juga ibubapa gagal memupuk nilai-nilai murni kehidupan kepada anak-anak? Sebelum menuding jari kepada sesiapa, cuba kita periksa dulu diri kita, bagaimanakah cara pemanduan kita?














kesimpulanya,kita perlu memandang serius perkara ini.sudah terlalu banyak wang yang dihabiskan oleh kerajaan untuk menyedarkan kita tentang keselamatan jalan raya.Bagi kaki kereta pula mereka hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapakan oleh pihak berkuasa agar kita dapat menghindari daripada kejadian yang tidak diingini berlaku.

ubahsuai kereta